JPJ akan terus menumpukan usaha kepada advokasi, pendidikan keselamatan jalan raya serta memudahkan pergerakan peserta bagi memastikan kelancaran program.
BANGI, 27 JULAI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM6.2 juta selepas 28 syarikat kenderaan barangan dan pengendali bas ekspres yang disenarai jabatan itu sebelum ini tampil menyelesaikan 34,371 saman tertunggak dalam tempoh 14 hari seperti ditetapkan.
KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung lesen pemandu kenderaan perdagangan yang terlibat kemalangan sehingga siasatan selesai.
SEREMBAN, 28 MEI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyuarakan kebimbangan terhadap trend peningkatan kes kenderaan barangan (KPB) dan kenderaan perkhidmatan awam (KPA) yang memandu secara berterusan di lorong paling kanan lebuh raya.
PUTRAJAYA, 10 APRIL: Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri VIPS secara bidaan dalam talian selama lima hari bermula esok.
IPOH, 30 MAC: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 21 kenderaan berat dikesan gagal mematuhi arahan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan sempena Aidilfitri yang dikuatkuasakan semalam.
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan enam pemandu bas yang didapati positif dadah dalam Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) yang dijalankan di seluruh negara malam tadi.
KUANTAN, 27 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mewujudkan pasukan tindakan khas dengan latihan khusus akan diberikan kepada anggota terlibat.
PUTRAJAYA, 23 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
PUTRAJAYA, 24 DIS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menyiasat secara terperinci serta tindakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA), bagi meneliti pelbagai aspek keselamatan terutamanya berkaitan teknikal terhadap syarikat kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara di Melaka semalam, yang mengakibatkan tujuh maut dan 33 cedera.
TELUK INTAN, 25 NOV: Belum terdapat sebarang ketetapan berhubung warga emas berusia 65 tahun ke atas perlu menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan sebelum memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).
PUTRAJAYA, 1 NOV: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal 2024 di seluruh negara selama dua bulan bermula hari ini, kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.
KAJANG, 4 OKT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).
KAJANG, 1 OKT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menaik taraf aplikasi MyJPJ susulan permintaan tinggi pengguna bagi pelaksanaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B bermula hari ini.
SHAH ALAM, 12 SEPT: Pengarah dan Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri berdepan tindakan tegas sekiranya membiarkan kaunter perkhidmatan tidak dibuka sebagaimana sepatutnya atau tidak berada di bawah pengawasan sewajarnya.
KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang memperincikan sistem dan penyelarasan proses bagi program peralihan khas yang perlu dijalani pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2, sebelum mendapatkan LMM kelas B (motosikal berkuasa tinggi).
PUTRAJAYA, 8 OGOS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan penggantian kamera sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) melibatkan kamera sedia ada secara berfasa di lokasi diwartakan, kata Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli.
PUTRAJAYA, 30 JULAI: Pemilik kenderaan warga tempatan masih berdegil menyewakan kenderaan kepada warga asing yang tiada lesen memandu sah walaupun sudah berulang kali dikenakan kompaun.
BUKIT KAYU HITAM, 19 MEI: Negara mengalami ‘ketirisan’ diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM1.2 juta sehari, akibat aktiviti penyeludupan menggunakan kenderaan asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.
MELAKA, 31 OKT: Cadangan menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik sedang dalam peringkat akhir penelitian Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.